Jumaat, 22 Oktober 2010

Raise Your Child's Self Esteem! 99 Easy Things to Do by Nancy

  1. Tell your child you love him/her at least once a day.
  2. Take your child's feelings seriously.Try not to say she'll "grow out of it" or that it's"not that bad".
  3. Let your child know it's okay to make mistakes.Admit your own.
  4. Make a board game about your childs life.Each space on the board can mark an accomplishment your child has made since he was born.Start at the beginning with the first time he smiled or when he rolled over,and move on to include the first book he read to you and the first time he went to nursery school or camp.
  5. Laugh at your child's jokes-even when you don't get them.
  6. Praise your child's efforts,without worrying about the results.
  7. Take your child's picture each year on the first day of school.Don't forget to look back to see how much he's grown.
  8. Encourage your child to ask questions.Reasearch the answers together.
  9. Teach your child that "can't" is not forever.With a little hard work,your child will learn a new skill,and turn "I can't" into "I can".
  10. Resist the urge to say "I told you so".
  11. Pay attention to your child's random acts of kindness,and be sure to thank her for them.
  12. Get duplicates made of your next roll of family photographs.Then use them to play a memory game with your child. To play,turn all of the picture facedown,and take turns trying to guess where the matches are. If your child guesses correctly,he gets to out those pictures in his own pile. If not,turn the photos are gone,the player with the most matches wins.
  13. Don't treat all of your children exactly alike.Each one has different needs.

Sabtu, 16 Oktober 2010

Hari Raya Aidilfitri

Abah membantu ayahwan mengemaskan lipatan sampin.

Afiq dan Acunya













Afiq dan Ana di pagi raya.

Ibu dan Abah
ibu overshadow tok mama,ayahwan&toksu














gambar kita sekeluarga
gambar kita dengan tok mama,ayah wan ngn tok su
gambar semua ahli keluarga.
Anas Syazni yang segak bersampin raya.

Khamis, 26 Ogos 2010

Peristiwan Nuzul Al-Quran..ambillah iktibar


Ramadan (b. Arab: رمضان, transliterasi: Ramaḍān, terjemahan harfiah: "panas terik") (biasa digelar "Ramadan Al-Mubarak") adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud:
“Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu...”— surah Al-Baqarah, ayat 185

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. etika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Nama-Nama Lain:

Selain disebut al-Quran, ia juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain. Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran:

1. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)

2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

3. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

4. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).

5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.

6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.

7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2

8. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”

Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.
Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
Peringatan:
Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).


Sabtu, 1 Mei 2010

Alhamdulilah

Jumaat,30 April 2010...Dr B mengesahkan Afiq Syukri telah sihat dan bebas dr H1N1...Alhamdulilah....lega seleganya...tetapi dia masih lagi diberi cuti rehat selama 2 hari lagi..Hari Rabu barula boleh pergi sekolah (Tadika Al-Fath)..Sepanjang minggu kuarantin ini,selalunya kita akan kuarantinkan orang yang sakit,tetapi kali ini bukan Afiq tetapi adik Anas.almaklumlah Anas memang menghidapi penyakit dan memakan ubat2an,jadi adiklah yang lebih afdal ditempatkan didalam bilik...

Selasa, 27 April 2010

H1N1


Sabtu 24 hb April,pada pukul 9 pagi Afiq mengadu sakit kepala.Aku suruh dia rehat,tiba-tiba "Ibu,Afiq demam!".Aku jamah dahinya,oooo memang panas..bila ambil suhu badannya..39.7...terus ku pujuk untuk memasukkan ubat demam melalui punggung...sesi pujuk memujuk berjaya,disamping itu Afiq makan juga ubat Homeopathi...aku ajak dia mandi...

Suhu semakin turun.Setelah 7 jam,badan Afiq kembali panas,ku masukkan satu lagi ubat demam melalui punggung..begitulah sehingga hari ketiga,badannya masih lagi panas sehingga 42.Macam2 cara telah aku buat untuknya...mandi,lap badan,jelum kepala,bagi minum air banyak2,pujuk makan,bagi makan ubat,ajak main supaya berpeluh...

Pada hari ke-3 aku dan suami pun bawalah Afiq dan Anas ke klinik pakar kanak-kanak khoo tmn len sen,doktor yg merawatnya Dr Y,syak sesuatu yg pelik pada Afiq,dikhuatiri denggi/H1N1..jd ditulisnya sepucuk surat untuk Dr Pediatrik H.Pantai...Setelah menerima ubat antibiotik dan demam,tanpa berlenggah,kami terus pergi ...Setelah dirawat oleh Dr B,beliau mengambil sampel melalui hidung dan mulut...dihantar ke makmal...dengan bayaran RM370

Setelah menunggu 30 minit,ujian untuk Influenza A dikesan dari sampel...Dr B memberi Afiq,ubat utk Influenza,batuk,kahak,selsema..Beliau menyatakan kebarangkalian yang tinggi jg utk Afiq H1N1 walauapapun kenala tunggu juga utk report H1N1 barulah boleh dipastikan,jd cuti sakit selama 1 minggu diberikan.Charge utk ubat rm 72.80

Hati seorng ibu bagaikan pecah,dan perasaan itu sukar dijelaskan dengan perkataan apabila hari ini aku mendapat khabar dr Dr B yg Afiq +ve H1N1....dari manala pula Afiq boleh berjangkit..sedangkan di sekolah tidak ada orng yg demam,kata Cikgu W......nak kata dari abah yg baru balik dr Labuan...abah xdemam atau selsema pun...hairan kan tapi itula yg terjadi...DUGAAN lagi......untuk aku lalui demi menyuci dosa-dosa ku,dan menguatkan imanku...

Dijadikan cerita lagi,Anas yg sekian lama hampir lebih 3 bulan tidak sawan,pagi Isnin 26 hb April tue,sawannya datang balik..lebih dari 10 kali dia melaluinya..walaupun sekejap cuma 5-10 saat,tetapi kekerapannya merisaukan hati kecil ku ini..........Setelah ku beri Anas Rectal Diazepam,sawannya dapat dihentikan...

Sekarang 2 beradik ini ku asingkn dulu tempat tidurnya..Si abang tidur di luar,Si adik ku biarkan di dalam bilik...manala tahukan...Mencegah sebelum berjangkit...mudah2an Allah senangkan,mudahkan jalan untuk aku lalui segala kepayahan ini.dan berikanlah aku yang terbaik untuk anak2ku juga diriku...

Buat Afiq,
Ibu sangat sedih serta sakit hati pada apa yang berlaku kepada Afiq,tetapi kita hanyalah hambanya,jadi kita haruslah redha serta jgn lupa berusaha mencari ubat serta penawar untuk segala penyakitnya..Afiq adalah jiwa ibu,semangat ibu,kekuatan ibu untuk ibu bertahan...dan ibu harap sangat2 Allah memakbulkan doa ibu untuk Afiq dan Anas sihat...Tak tertanggung hati ibu melihat anak2 ibu sakit,tapi ibu cuba,telah dan akan memberi yang terbaik untuk anak2 ibu..Tiada apa yang ibu harapkan cumala kebahagiaan,kesihatan dan kasih sayang dari anak2 ibu.